Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Luar Sepanyol, José Manuel Albares. Foto fail AFP

Sepanyol desak sekatan senjata antarabangsa terhadap Israel

ByBernama

MADRID, 26 Mei: Kerajaan Sepanyol menggesa sekatan senjata antarabangsa dikenakan ke atas kerajaan Israel bagi menamatkan perang dan bencana kemanusiaan di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

“Kita semua mesti bersetuju untuk melaksanakan sekatan senjata secara bersama.

“Perkara terakhir yang diperlukan oleh Timur Tengah ketika ini ialah lebih banyak senjata,” kata Menteri Luar Sepanyol, José Manuel Albares kepada wartawan pada permulaan mesyuarat menteri-menteri Kumpulan Madrid di ibu negara Sepanyol pada Ahad.

Albares turut menggesa “penggantungan serta-merta” terhadap perjanjian kerjasama antara Kesatuan Eropah (EU) dan Israel — satu langkah yang kini sedang dipertimbangkan di Brussels — serta pelaksanaan sekatan bersasar ke atas individu yang “menghalang penyelesaian dua negara”.

Sekiranya perlu, sekatan juga harus dikenakan terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, tegas Albares.

Albares berkata tiada alternatif lain selain penyelesaian dua negara bagi mencapai keamanan yang berkekalan dan adil di rantau itu.

Kerajaan Sepanyol kini merupakan antara pengkritik paling lantang terhadap tindakan ketenteraan Israel di Gaza dalam kalangan negara Eropah.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan