Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mohd Faridzhuan Firdaus Mohd Nanyan johan bagi pertandingan Mencipta Logo Bersempena 70 Tahun Majlis Islam Sarawak. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Tuah milik Mohd Faridzhuan, juarai pertandingan cipta logo

ByAsmah Adenan

KUCHING, 25 Mei: Tuah ternyata milik Mohd Faridzhuan Firdaus Mohd Nanyan, 31, apabila logo yang dipertaruhkan dalam pertandingan Mencipta Logo Bersempena Sambutan 70 Tahun Majlis Islam Sarawak dinobatkan juara walaupun hanya mengambil masa tiga hari menyiapkan logo hasil ciptaannya.

Menurut Mohd Faridzhuan, makna di sebalik warna dan logo itu membawa elemen tipografi dan elemen islamik, simbol 70 membawa maksud 70 Tahun Majlis Islam Sarawak.

“Warna emas menunjukkan bahawa ia adalah sesuatu yang berprestij dan juga elemen tipografi dan elemen islamik. Di atasnya menunjukkan khazanah Islam kita di Sarawak yang diterajui oleh Majlis Islam Sarawak selama 70 tahun dan garis tersebut membawa maksud akan terus maju lagi ke hadapan,” katanya ditemui pada Majlis Kesyukuran Sempena Sambutan 70 Tahun Majlis Islam Sarawak di sini, malam ini.

Majlis Kesyukuran Sempena Sambutan 70 Tahun Majlis Islam Sarawak malam ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Katanya, ini merupakan kali pertama dia menyertai pertandingan yang berskala besar dan mendapat tempat pertama.

Mengakui sedikit terharu dan gembira kerana logo tersebut dipilih sendiri oleh Premier Sarawak, kata Mohd Faridzhuan, dia tidak menyangka logo hasil ciptaan singkatnya itu akan menang.

“Apabila saya membuat logo tersebut, saya cuba menghasilkan penjenamaan untuk 70 Tahun Majlis Islam Sarawak (MIS) kerana program-program yang akan dianjurkan oleh MIS selepas ini sehingga tahun 2026, jadi apabila ada jenama yang bagus dan pemasaran yang bagus saya rasa itu akan sampai kepada seluruh rakyat Sarawak apabila membuat program,” katanya.

Johan bagi pertandingan Mencipta Logo Bersempena 70 Tahun Majlis Islam Sarawak membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM3,000 beserta sijil penyertaan.

Seramai 138 peserta menyertai pertandingan tersebut dari seluruh Sarawak dan pemilihan tiga terbaik dipilih sendiri oleh Premier Sarawak.

Sebanyak 14 program dan aktiviti diadakan sempena Sambutan 70 Tahun Majlis Islam Sarawak bermula 25 Mei 2025 hingga 23 April 2026 di beberapa lokasi berbeza antaranya Kuching, Sibu, Bintulu, Mukah dan Miri.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan