Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lima cedera selepas kereta dinaiki kemalangan kendiri di Jalan FAC Matang, Kuching, hari ini. Foto JBPM

Lima cedera, kereta dinaiki kemalangan kendiri di Jalan FAC Matang

KUCHING, 25 Mei: Lima cedera selepas kereta dinaiki kemalangan kendiri di Jalan FAC Matang di sini, hari ini.

Komander Operasi, Hazmi Mohamad Edoon berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 5.31 petang dengan menggerakkan 10 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati berlakunya kemalangan kendiri melibatkan sebuah kenderaan dan dilaporkan tiada mangsa tersepit namun hanya mengalami kecederaan.

“Kesemua mangsa yang cedera menerima rawatan awal daripada pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang tiba di lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, dua mangsa telah dihantar ke hospital dengan bantuan ambulans APM manakala tiga lagi mangsa dihantar ke hospital menggunakan jentera EMRS bomba.

“Tiada operasi penyelamatan dilakukan memandangkan kesemua lima mangsa berjaya keluar dari kenderaan dan berada di zon selamat.

“Setelah kesemua mangsa dihantar ke hospital dan keadaan selamat, pasukan bomba bertolak balik ke balai,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan