Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Roziana Terkey, 38, Sayani Md. Zain, 55, dan Salamah Yaakop, 42 antara peserta yang menyertai Program Kurangkan Gula Kaw-Kaw dan Perubahan Tingkah Laku 2025 di Kampung Tudan Fasa 4 dan 5 hari ini. Foto TVS

Kurangkan pengambilan gula demi kesihatan diri

ByVanessa Enjop

MIRI, 25 Mei: Program Kurangkan Gula Kaw-Kaw dan Perubahan Tingkah Laku 2025 mendapat sambutan positif dalam kalangan penduduk setempat yang menyifatkannya sebagai inisiatif penting dalam mendidik masyarakat menjaga pemakanan dan kesihatan diri.

Peserta program, Roziana Terkey, 38, berkata, penyertaan pertamanya dalam program yang dianjurkan bersama KOSPEN itu memberi kesedaran awal tentang paras gula dalam tubuh serta kepentingan mengurangkannya.

“Ini kali pertama saya sertai program KOSPEN. Melalui program ini, kami dapat mengetahui paras gula dalam badan dan kepentingan untuk mengurangkannya. Dengan adanya program sebegini, kesihatan kita dapat dijaga dengan lebih baik,” katanya.

Sementara itu, Sayani Md. Zain, 55, melihat program seumpama ini bukan sahaja membantu dari aspek pemeriksaan kesihatan, malah mampu menjadi pencetus motivasi kepada orang ramai untuk mengubah gaya hidup secara konsisten.

“Program ini memberi kami peluang untuk mencabar diri sendiri dalam mengurangkan pengambilan gula setiap hari. Saya berharap program ini akan diteruskan supaya kadar penyakit kencing manis dalam kalangan rakyat dapat dikurangkan. Program sebegini sangat baik kerana dapat memberi kesedaran kepada masyarakat,” ujarnya.

Seorang lagi peserta, Salamah Yaakop, 42, pula menekankan bahawa penglibatan dalam program ini mendorongnya memahami lebih lanjut kesan negatif pengambilan gula secara berlebihan.

“Ini kali pertama saya menyertai program seperti ini. Selepas menjalani saringan, saya lebih faham tentang keadaan kesihatan diri dan bahaya mengambil gula secara berlebihan. Saya kini berusaha mengurangkan gula dalam makanan dan minuman,” katanya.

Program yang berlangsung di Kampung Tudan Fasa 4 dan 5 ini turut menampilkan pelbagai pengisian seperti sesi senamrobik, ceramah kesihatan serta cabutan bertuah, yang berjaya menarik penyertaan komuniti dari pelbagai peringkat umur.

Program ini dianjurkan sebagai sebahagian daripada usaha Jabatan Kesihatan Bahagian Miri untuk memperkasa masyarakat melalui pendidikan kesihatan secara langsung, selain membantu mencegah penyakit tidak berjangkit yang semakin menular di negara ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan