Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 53 jemaah haji Indonesia meninggal dunia semasa menunaikan ibadah haji tahun ini di Arab Saudi, dengan penyakit berkaitan jantung dikenal pasti sebagai punca utama, menurut Kementerian Kesihatan Indonesia pada Sabtu. Foto AFP

53 jemaah haji Indonesia meninggal dunia, kebanyakan akibat penyakit berkaitan jantung

ByBernama

JAKARTA, 24 Mei: Seramai 53 jemaah haji Indonesia meninggal dunia semasa menunaikan ibadah haji tahun ini di Arab Saudi, dengan penyakit berkaitan jantung dikenal pasti sebagai punca utama, menurut Kementerian Kesihatan Indonesia pada Sabtu.

Data kementerian setakat 23 Mei menunjukkan bahawa 19 kematian berpunca daripada penyakit jantung iskemia akut dan renjatan kardiogenik.

“Kebanyakan jemaah yang meninggal dunia mempunyai sejarah penyakit jantung dan gagal mengawal tahap aktiviti fizikal mereka,” kata anggota Pasukan Kesihatan Haji kementerian itu di Makkah yang diketuai Dr Agus Sulistyawati.

Kementerian itu turut memberi amaran bahawa suhu tinggi dan aktiviti fizikal yang mencabar meningkatkan risiko kesihatan, terutamanya ketika kemuncak haji di Arafah, Muzdalifah dan Mina yang bermula 4 Jun.

Ketua Pusat Kesihatan Haji kementerian itu, Liliek Marhaendro Susilo menasihatkan jemaah supaya mengutamakan rehat dan mengehadkan pelaksanaan umrah berulang, tawaf sunat serta berjalan jauh ke masjid atau lokasi ibadah.

“Kami menasihatkan jemaah agar tidak melakukan aktiviti berlebihan, khususnya ketika cuaca panas. Minum sehingga dua liter air atau air zamzam setiap hari dan ambil garam rehidrasi oral untuk kekal terhidrat,” tambahnya.

Menurut Kementerian Hal Ehwal Agama, seramai 157,800 jemaah haji Indonesia telah berlepas setakat ini daripada jumlah keseluruhan 203,320 orang yang dirancang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan