BAU, 14 SEPT: Mayat pemandu jengkaut yang tertimbus dalam runtuhan batu di sebuah kuari di Jalan Tanjung Durian, Siniawan, Bau dalam kejadian pada petang Isnin, berjaya dikeluarkan kurang dari 24 jam.
Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, mayat Anthony Kan-na dibawa keluar dari timbunan batu-batuan besar yang menghempapnya bersama jengkaut, lebih kurang jam 12:23 tengah hari tadi.
Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Bau untuk tindakan lanjut.