Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Setiausaha Politik Premier Sarawak, Abang Abdul Aziz Datuk Abang Draup pada Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) MADANI sempena Sambutan Pesta DuanWu yang diadakan di Premis Persatuan Chung Hua Lundu, hari ini. Foto Jabatan Penerangan Sarawak (FB)

Kuih Bak Chang simbol penyatuan masyarakat Lundu

ByAsmah Adenan

KUCHING, 24 Mei: Pesta DuanWu yang merupakan satu tradisi yang kaya dengan nilai sejarah, budaya dan nilai kekeluargaan wajar diteruskan generasi akan datang.

Menurut Setiausaha Politik Premier Sarawak, Abang Abdul Aziz Datuk Abang Draup, Pesta DuanWu atau Kuih Bak Chang menjadi simbol penyatuan masyarakat Daerah Lundu disebabkan ia dibalut penuh kasih sayang dalam semangat gotong-royong sekali gus menjadi platform penting dalam memupuk keharmonian dan perpaduan pelbagai kaum.

“Menerusi pembuatan Kuih Bak Chang, kita bukan sahaja menghargai semangat perpaduan dan menghormati sejarah malah menyemai nilai murni yang terkandung dalam sambutan ini,” katanya ketika merasmikan Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) MADANI sempena Sambutan Pesta DuanWu yang diadakan di Premis Persatuan Chung Hua Lundu, hari ini.

Kata Aziz, komuniti MADANI berperanan untuk merapatkan hubungan antara kaum dan menyemarakkan semangat kekitaan dalam kalangan masyarakat.

“Kuih ini juga menjadi lambang perkongsian budaya. Hari ini sebanyak 100 biji Kuih Bak Chang dimasak secara gotong-royong oleh ahli komuniti MADANI Kampung Seketi Cina yang terdiri daripada masyarakat Cina dan Melayu.

“Program sebegini memperlihatkan semangat kebersamaan masyarakat dalam menjayakan sesuatu acara merentas kepelbagaian budaya sekali gus menjadikan festival ini satu sambutan yang menyeronokkan dan penuh makna,” ujarnya.

Jelas Aziz, program tersebut menyokong usaha memelihara warisan budaya tempatan seperti pembuatan kuih chang agar tidak dilupakan oleh generasi muda.

Beliau turut menekankan kejayaan sambutan tersebut hasil kerjasama erat seluruh komuniti MADANI dan menjadikan Daerah Lundu sebagai daerah yang harmoni dan penuh kasih sayang antara kaum.

Hadir sama Penolong Pegawai Daerah Lundu, Anwar Fakriyyuddin Matamit, Ketua Masyarakat Cina Daerah Lundu dan Daerah Kecil Sematan, Chin Kian Ming dan Pengerusi Persatuan Chung Hua Lundu, Calvin Goh Cin Seng. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan