Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berucap pada Majlis Perasmian Loji Pemecahan Isirung (KCP), di Lubok Antu Palm Oil Mill 2, di sini hari ini. Foto Teo Chi Wei (TVS)

Sarawak sasar jadi pengeksport makanan masa depan

ByAhmad Burhanuddin

LUBOK ANTU, 24 Mei: Sarawak terus mengorak langkah dalam tenaga hijau dan sekuriti makanan menerusi loji pemprosesan isirung sawit baharu oleh Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) yang bakal menyumbang kepada pendapatan wilayah ini.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, projek tersebut merupakan satu manifestasi idea bernas Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam memastikan setiap hasil sampingan ladang dimanfaatkan sepenuhnya.

“Kita selama ini bergelut dengan lambakan produk sampingan sawit yang dianggap sebagai buangan. Kini ia menjadi sumber ekonomi, menghasilkan bukan sahaja bahan makanan ternakan malah biojisim untuk tenaga hijau,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Loji Pemecahan Isirung (KCP) yang disempurnakan Abang Johari, di Lubok Antu Palm Oil Mill 2, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Rundi turut menekankan inisiatif pertanian moden dan lestari adalah jalan ke hadapan termasuk penggunaan biomex, rumput Napier dan flaxseed dalam penghasilan makanan ternakan berkualiti tinggi.

Menurutnya, pendekatan tersebut juga mampu menjadikan Sarawak sebagai pengeksport makanan masa depan.

“Memang kita selama ini menumpu kepada komoditi. Tetapi jika negara-negara pengeluar padi dan beras tidak mahu lagi mengeksport kepada kita, kita akan menghadapi masalah besar.

“Perkara ini sudah pun mula berlaku seperti dari India dan Vietnam. Jadi, kita mesti bersedia untuk menjadi pengeluar sendiri,” ujarnya.

Tambahnya, projek tersebut bakal melibatkan kerjasama teknologi dari Jerman serta penglibatan sektor swasta dari Johor dalam membina jaringan ekonomi pertanian mampan dan berdaya saing. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan