Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Carlo Ancelotti mengakui teruja untuk memulakan “babak baharu” sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan Brazil, ketika beliau bersiap sedia mengendalikan perlawanan terakhirnya bersama Real Madrid menentang Real Sociedad, Sabtu ini. Foto AFP

Ancelotti tak sabar mulakan babak baharu bersama Brazil, ucap selamat tinggal kepada Real

ByBernama

LONDON, 24 Mei: Carlo Ancelotti mengakui teruja untuk memulakan “babak baharu” sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan Brazil, ketika beliau bersiap sedia mengendalikan perlawanan terakhirnya bersama Real Madrid menentang Real Sociedad, Sabtu ini.

Ancelotti, 65, bakal mengambil alih pasukan juara lima kali Piala Dunia itu pada 26 Mei ini, selepas menamatkan musim yang mengecewakan di Sepanyol dengan gagal meraih gelaran LaLiga, Liga Juara-Juara Eropah dan Copa del Rey.

Empat tahun kendaliannya bersama Real adalah tempoh paling lama beliau kekal di satu kelab sejak era cemerlang lapan tahun bersama AC Milan pada awal 2000-an.

“Ini cabaran besar, dan saya tak sabar nak mulakan persiapan ke Piala Dunia bersama Brazil. Saya anggap ini fasa baharu yang indah dalam hidup saya.

“Tiada sebarang konflik. Hubungan saya dengan presiden kelab sangat baik dari awal hingga akhir,” katanya.

Difahamkan, tempat Ancelotti di Santiago Bernabeu bakal diisi oleh bekas pemain tengah Real, Xabi Alonso.

Jika dilantik, Alonso bakal membawa misi besar — menumbangkan seteru tradisi, Barcelona yang merangkul kejuaraan LaLiga awal bulan ini.

“Saya tak mahu beri nasihat. Setiap jurulatih ada gaya tersendiri,” kata Ancelotti mengenai penggantinya.

“Tapi dia sangat bertuah andai diberi peluang kendalikan Real Madrid. Saya doakan dia berjaya dan nikmati pengalaman itu sepenuhnya. Dia ada segala kualiti untuk berjaya.” – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan