Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Unit Penguatkuasa Imigresen (UPI) Sarikei telah berjaya menahan seramai 20 individu Pendatang warga Asing Tanpa Izin (PATI) dalam operasi Ops Sapu dan Ops Mahir yang diadakan mulai 21 Mei hingga semalam. Foto JIM Sarawak

20 PATI ditahan dalam dua operasi di Sarikei

SARIKEI, 23 Mei: Seramai 20 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditahan dalam operasi Ops Sapu dan Ops Mahir yang diadakan dari 21 Mei hingga semalam.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak dalam kenyataan berkata, operasi itu melibatkan 14 orang pegawai yang menjalankan pemeriksaan di pelbagai lokasi sekitar Sarikei dan Julau.

“Dalam serbuan ini, seramai 40 individu telah diperiksa dan 20 lelaki warga asing telah ditahan untuk siasatan lanjut kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan Imigresen.

“Pihak Jabatan Imigresen mengingatkan orang ramai agar tidak menggaji atau melindungi warga asing yang tidak mempunyai dokumen perjalanan dan pas yang sah,” kata kenyataan itu.

Kerjasama daripada komuniti amat penting dalam memastikan undang-undang Imigresen sentiasa dipatuhi.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan