Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Patrick Fabian, Japar Osman dan Joshua Albert ketika ditemui TVS selepas Program Peningkatan Sosial Ekonomi Nelayan Sarawak di Dewan Serbaguna Kampung Nelayan Kuala Bakam, Miri, hari ini. Foto TVS

Nelayan syukur terima bantuan, berdepan musim tengkujuh

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 23 Mei: Golongan nelayan di kawasan Kuala Bakam meluahkan rasa syukur atas bantuan yang disalurkan oleh Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Miri bersama agensi berkaitan terutamanya dalam bentuk peralatan menangkap ikan dan bantuan makanan asas.

Salah seorang nelayan tempatan, Japar Osman berkata, bantuan tersebut sangat bermakna terutama ketika musim tengkujuh yang menjejaskan aktiviti harian mereka di laut.

“Bantuan ini betul-betul membantu kami pada musim tengkujuh sekarang yang menyukarkan pencarian rezeki. Kami bersyukur kerana menerima bantuan makanan serta peralatan seperti pukat yang mampu membantu menampung pendapatan kami,” katanya ketika ditemui TVS selepas Program Peningkatan Sosial Ekonomi Nelayan Sarawak di Dewan Serbaguna Kampung Nelayan Kuala Bakam, Miri, hari ini.

Seorang lagi nelayan, Patrick Fabian, turut menghargai inisiatif pihak berkenaan yang membantu meringankan beban komuniti nelayan.

“Sama ada bantuan itu banyak atau sedikit, kami tetap bersyukur. Sekurang-kurangnya ada usaha daripada pihak tertentu untuk membantu kami meningkatkan hasil tangkapan sebagai nelayan,” kata Patrick.

Sementara itu, Joshua Albert menegaskan bahawa bantuan yang diterima sangat penting dalam memastikan pengurusan hasil tangkapan yang lebih teratur selain membantu menampung kos sara hidup yang kian meningkat.

“Dengan harga barang yang semakin meningkat, bantuan seperti ini sangat membantu kami sebagai nelayan untuk terus berdaya saing,” kata Joshua. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan