Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 40 nelayan dari Kampung Kuala Bakam menerima sumbangan daripada Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Miri, hari ini. Foto TVS

Projek ‘Bot Sportfishing’ rancakkan industri pelancongan memancing Miri

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 23 Mei: Projek Bot Sportfishing berpotensi merancakkan industri pelancongan memancing di Miri yang kaya dengan ekosistem marin.

Menurut Pengerusi Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Miri, Okong Sulip, projek berkenaan antara perancangan jangka panjang pihaknya untuk memperkasakan ekonomi komuniti nelayan di sini.

“Salah satu inisiatif yang sedang digerakkan ialah projek Bot Sportfishing yang menyasarkan peminat sukan memancing dari dalam dan luar negara,” katanya ketika berucap pada Program Peningkatan Sosial Ekonomi Nelayan Sarawak di Dewan Serbaguna Kampung Nelayan Kuala Bakam, di sini, hari ini.

Susulan itu, Okong menzahirkan penghargaan kepada badan bukan kerajaan (NGO) atas inisiatif dan kerjasama dalam penganjuran program untuk komuniti terlibat.

“Antara projek yang sedang berjalan ialah jualan minyak diesel bersubsidi, projek pemasaran dan pembekalan ikan, Projek Pasar Nelayan, serta perancangan jangka panjang seperti Bot Sportfishing dan penginapan inap desa atau rumah sewa,” ujarnya.

Terdahulu, program menyaksikan seramai 40 nelayan menerima sumbangan pukat dan bakul makanan asas bagi membantu meringankan kos sara hidup serta meningkatkan kemampuan menangkap hasil laut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan