Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hasbi menyerahkan hamper dan sumbangan wang tunai kepada salah seorang penerima Majlis Sejambak Kasih Gawai Bahagian Limbang 2025.Foto: TVS.

Gawai: Elak memandu jika di bawah pengaruh alkohol

LIMBANG,23 Mei: Aspek keselamatan di jalan raya harus diutamakan terutama pada musim perayaan Hari Gawai ini dalam usaha membendung memandu di bawah pengaruh alkohol yang boleh mengancam keselamatan pengguna lain, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Limbang mengingatkan kesemua pengguna jalan raya perlu bertanggungjawab demi menjaga keselamatan diri dan orang lain sekali gus mengelak berlakunya kemalangan.

“Pesanan saya mereka yang akan balik kampung dan kembali dari kampung agar memandu dengan selamat di jalan raya dan jangan memandu dalam keadaan mabuk,”katanya ketika ditemui media selepas Perasmian Majlis Sejambak Kasih Gawai Bahagian Limbang 2025 di Dewan Kampung Bunga Raya hari ini.

Tambah beliau, kerjasama semua pihak amat penting bagi memastikan kelancaran perjalanan dan keselamatan sepanjang musim perayaan.

Katanya keselamatan jalan raya bermula dari pengguna jalan raya itu sendiri yang memainkan peranan mencegah kemalangan termasuk menurunkan kes kemalangan semasa hari perayaan.

Menurutnya perayaan Gawai ini perlu dirai dengan penuh meriah dan memberi peluang kepada keluarga berkumpul bersama.-TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan