Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Paulus Palu Gumbang. Foto Suara Sarawak

Baiki jalan balak di laluan SSLR2

ByMahathir Haroun

KUCHING, 23 Mei: Kerajaan Sarawak perlu mengambil inisiatif membaiki jalan balak sedia ada di kawasan yang terlibat dengan Sarawak-Sabah Link Road Fasa 2 (SSLR2).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Paulus Palu Gumbang berkata, ia penting untuk membolehkan penduduk di kawasan terlibat terus menikmati perjalanan selesa dan selamat.

“Memandangkan pembinaan SSLR ini akan melibatkan kawasan penempatan penduduk dan mengambil masa lama untuk dilaksanakan, saya memohon supaya Kerajaan Sarawak mengambil usaha membaiki seksyen-seksyen jalan balak sedia ada di kawasan perkampungan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Usul Penghargaan atas Ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak di DUN hari ini.

Pada masa sama beliau berterima kasih kepada Kerajaan Sarawak yang membina SSLR2 yang menghubungkan Lawas dan Limbang ke Miri tanpa melalui Brunei Darussalam.

“Kedudukan Limbang dan Lawas secara geografi adalah unik sekali kerana kita bersempadan dengan Brunei Darussalam. Maka untuk keluar dari Limbang dan Lawas, kita terpaksa melalui Brunei dengan Kompleks Bangunan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) hanya beroperasi dari 6 pagi hingga 10 malam,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan