Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua krew kapal tongkang maut selepas terjatuh di dalam ruangan sempit kapal berkenaan di Sibu, hari ini. Foto JBPM

Dua krew kapal maut jatuh dalam ruangan sempit tongkang

SIBU, 23 Mei: Dua krew kapal tongkang maut selepas terjatuh ke dalam ruangan sempit di kapal berkenaan dalam kejadian di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata mangsa dikenali sebagai Ting Tung Hu, 48, dan Tang Sing Kok, 55.

Pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.21 pagi, sebelum 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral digerakkan ke lokasi.

“Sebaik tiba, didapati dua lelaki terperangkap dalam lubang sempit berdiameter satu kaki dengan kedalaman kira-kira 12 kaki.

“Kedua-dua mangsa berjaya dibawa naik menggunakan peralatan penyelamatan khas berasaskan tali,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mangsa kemudian diserahkan kepada pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan disahkan meninggal dunia di lokasi.

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found