Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai enam petugas bantuan kemanusiaan terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas bandar Deir al-Balah di tengah Gaza, menurut Pejabat Media Kerajaan Gaza yang menuduh Israel menyasarkan usaha penghantaran makanan dan ubat-ubatan. Foto fail AFP

Serangan udara Israel di tengah Gaza ragut nyawa enam petugas bantuan

ByBernama

ISTANBUL, 23 Mei: Seramai enam petugas bantuan kemanusiaan terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas bandar Deir al-Balah di tengah Gaza, menurut Pejabat Media Kerajaan Gaza yang menuduh Israel menyasarkan usaha penghantaran makanan dan ubat-ubatan.

Mangsa dilaporkan bertanggungjawab mengagihkan bekalan bantuan kemanusiaan dan menjadi sasaran dalam satu serangan udara pada waktu malam, lapor Anadolu Ajansi.

Pihak berkuasa Gaza memaklumkan serangan berlaku ketika lori-lori bantuan cuba menghantar bekalan ke hospital-hospital di kawasan yang dibedil.

Pegawai tempatan berkata tentera Israel secara sengaja menghalang aliran bantuan kemanusiaan dengan menyasarkan petugas serta menggalakkan rompakan terhadap konvoi bantuan, menyebabkan bekalan gagal sampai kepada penduduk yang memerlukan.

Insiden terbaru itu digambarkan sebagai sebahagian daripada pola tindakan yang lebih meluas terhadap usaha perubatan dan bantuan, justeru mereka menyeru badan antarabangsa campur tangan bagi memastikan keselamatan pasukan bantuan di wilayah berkenaan.

Serangan berlaku di tengah-tengah operasi ketenteraan baharu Israel yang bermula pada 18 Mac, sekali gus menamatkan gencatan senjata antara Israel dan kumpulan Palestin, Hamas, yang berkuat kuasa sejak 19 Jan.

Jumlah keseluruhan korban sejak Oktober 2023 kini mencecah 53,762 orang, dengan 122,917 lagi cedera. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan