Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lembaga Tabung Haji (TH) memperkukuh Program Sahabat Maktab bagi melancarkan pengurusan jemaah haji Malaysia di sini, khususnya semasa operasi Masyair. Foto fail Tabung Haji (TH)

Program Sahabat Maktab perkukuh operasi Masyair Haji Malaysia 1446H/2025M

ByBernama

MAKKAH, 23 Mei: Lembaga Tabung Haji (TH) memperkukuh Program Sahabat Maktab bagi melancarkan pengurusan jemaah haji Malaysia di sini, khususnya semasa operasi Masyair.

Ketua Rombongan Haji Malaysia Mohd Hisham Harun berkata program ini memberi peluang kepada jemaah yang berkemahiran dan berminat untuk tampil secara sukarela membantu 610 petugas menyantuni jemaah haji yang lain ketika operasi itu, terutama warga emas.

“Operasi Masyair ialah satu fasa ibadah haji yang sangat mencabar dan memerlukan kerjasama serta penglibatan ramai pihak. Ia melibatkan urusan menaiki dan menuruni bas, pengagihan jemaah ke khemah, serta bantuan fizikal kepada jemaah uzur seperti penggunaan kerusi roda atau iringan ke tandas.

“Justeru, peranan Sahabat Maktab amat penting bagi memastikan kelancaran. Ia bukan sahaja membantu jemaah menunaikan ibadah dengan sempurna, tetapi juga meringankan tugas petugas dalam menyantuni para Duyufurrahman,” katanya kepada media selepas pelancaran program itu di sini baru-baru ini.

Pada musim haji tahun ini, seramai 385 jemaah dilantik sebagai Sahabat Maktab, mewakili 11 maktab di tujuh Bangunan Penginapan Jemaah Haji (BPJH) di sini, dengan 57 jemaah dari Abraj Al Tayseer telah dilantik secara rasmi sewaktu majlis pelancaran itu.

Mohd Hisham menjelaskan bahawa pemilihan Sahabat Maktab dibuat berdasarkan beberapa kriteria, termasuk kesihatan fizikal, kemahiran komunikasi, keterampilan serta motivasi tinggi, selain jemaah haji muda dan yang hadir bersama pasangan turut digalakkan menyertai program ini.

Program Sahabat Maktab dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu Sahabat Maktab Ibadah yang bertanggungjawab memberikan panduan berkaitan hukum-hakam serta pelaksanaan manasik haji.

“Kategori kedua, Sahabat Maktab Perubatan melibatkan individu berkelulusan dalam bidang kesihatan seperti doktor dan jururawat. Kategori ketiga, Sahabat Maktab Kebajikan berperanan menyantuni jemaah dalam aspek sokongan harian, termasuk bantuan fizikal, pemantauan di khemah serta pengurusan umum sepanjang musim haji,” katanya.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan