Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
National Aerospace and Defence Industries (NADI) dan Centre for Technology Excellence Sarawak (CENTEXS) telah menjalin satu kerjasama strategik bagi menubuhkan Aerospace Academy Sarawak Sdn Bhd. Foto Faitullah Morni (TVS)

CENTEXS, NADI tubuh Akademi Aeroangkasa Sarawak

ByLuqman Muhammad

LANGKAWI, 22 Mei: National Aerospace and Defence Industries (NADI) dan Centre for Technology Excellence Sarawak (CENTEXS) telah menjalin satu kerjasama strategik bagi menubuhkan Aerospace Academy Sarawak Sdn Bhd.

Menurut Timbalan Pengarah Pengurusan CENTEXS, Norashikin Dahlan, penubuhan akademi ini bakal membuka ruang lebih luas kepada belia tempatan untuk menceburi bidang bernilai tinggi serta berteknologi tinggi.

Beliau berkata, akademi tersebut bakal menjadi pusat latihan utama dalam bidang pembuatan aeroangkasa dan penyelenggaraan, pembaikan serta baik pulih (MRO) di Malaysia Timur dengan perancangan untuk dikembangkan ke seluruh negara.

“Langkah ini sejajar dengan visi jangka panjang Sarawak untuk membina ekosistem tenaga kerja berkemahiran tinggi, dan menempatkan negeri ini sebagai antara hab utama latihan industri berteknologi tinggi di Malaysia,” jelas beliau ketika ditemui TVS di sini, hari ini.

Majlis penyerahan rasmi Sijil Pemerbadanan oleh Aviation Design Centre kepada CENTEXS telah menandakan permulaan rasmi kerjasama antara kedua-dua pihak, seterusnya mengesahkan komitmen terhadap pembangunan sumber manusia dalam sektor aeroangkasa.

Latihan terbabit dirangka mengikut standard industri global, bagi memastikan pelajar memiliki kemahiran yang relevan dengan keperluan pasaran semasa.

Penubuhan Aerospace Academy Sarawak bukan sahaja mengukuhkan keupayaan pendidikan teknikal dan vokasional (TVET) di Sarawak, malah menyumbang kepada agenda transformasi industri negeri serta menyokong aspirasi Malaysia untuk menjadi pemain utama dalam industri aeroangkasa serantau. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan