Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Majlis Pelancaran Hadiah Bahagia di sini, hari ini. Foto TVS

Bahasa tonggak pembangunan negara

ByYusuf Shukri

KUALA LUMPUR, 22 Mei: Penguasaan bahasa kebangsaan tidak wajar diketepikan dalam arus pembangunan ekonomi moden, kerana ia memainkan peranan penting dalam membentuk nilai, sikap dan jati diri generasi muda, tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar memetik contoh bagaimana negara-negara besar seperti China, Jepun, Korea Selatan dan United Kingdom telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memartabatkan bahasa kebangsaan masing-masing sehingga ia menjadi rujukan di peringkat global.

“Tanpa kecuali, sebahagian besar anak-anak muda mereka menguasai karya-karya seni tanah air mereka.

“Malah, mereka menghafal beberapa rangkap daripada karya-karya daripada William Shakespear, Laozi, Mengzi dan sebagainya kerana cintakan bahasa, nilai moral dan budaya yang bersangkut paut antara satu satu lain,” kata Anwar dalam ucapannya semasa Majlis Pelancaran Hadiah Bahagia di sini, hari ini.

Program Hadiah Bahasa kali terakhir dianjurkan 40 tahun lalu ketika Anwar memegang jawatan Menteri Pendidikan dan Pendidikan Tinggi.

Inisiatif ini kini mendapat sokongan penuh daripada Public Bank dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai platform untuk memartabatkan kepelbagaian bahasa di Malaysia, termasuk bahasa Melayu, Cina dan Tamil.

Dalam pada itu, Anwar mendedahkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang giat melaksanakan usaha pembaharuan bagi menguasai pelbagai bidang ilmu termasuk bahasa, teknologi digital, kecerdasan buatan (AI), Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), serta kejuruteraan canggih.

“Jika kita tidak mempunyai pilihan. Kalau Kita mahu menjadi negara yang hebat, negara yang bertamadun, maka mesti hebat ekonominya, kewangannya, banknya, tetapi hebat bahasa, seni, sastera dan budayanya juga,” ujar beliau lagi.

Bertemakan “Pembangunan Lestari melalui Nilai Teras Malausia MADANI yang Mencakupi Bidang Ekonomi, Masyarakat dan Alam Sekitar”, penyertaan Hadiah Bahasa terbuka kepada semua mengikut kategori sehingga tarikh tutup penyertaan pada 30 Jun 2025.

Lima kategori yang dipertandingkan adalah Hadiah Karya (Buku) dan Penulisan Esei bagi tahap Institusi Pengajian Tinggi, Prauniversiti, sekolah menengah dan sekolah rendah.

Setiap pemenang yang terpilih akan memenangi hadiah wang tunai sekitar jumlah RM750 sehingga RM10,000 berserta hadiah iringan dan sijil penghargaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan