Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anak buaya sepanjang 1.5 meter berjaya ditangkap dan diserahkan kepada Jabatan Perhilitan. Foto PKOD APM Sandakan

Anak buaya ditemui bawah jambatan luar rumah

ByTVS

SANDAKAN, 22 Mei: Detik cemas dialami seorang penduduk Kampung Tinusa 2, Batu 7 di sini apabila seekor anak buaya sepanjang 1.5 meter ditemui berada di bawah jambatan luar rumahnya awal pagi tadi.

Menurut Nurhalim, 25, reptilia itu dikesan ketika dia sedang mengemas bot di belakang rumahnya sekitar jam 1.30 pagi.

“Buaya itu berada betul-betul di bawah jambatan luar rumah saya. Saya terus hubungi talian 999 kerana takut ia mengancam kampung,” katanya.

Susulan panggilan kecemasan itu, lapan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dari Skuad Charlie bersama dua kenderaan, masing-masing satu pacuan empat roda jenis Revo dan satu ambulans, digerakkan ke lokasi.

Menurut laporan Pos Kawalan Operasi Daerah (PKOD) APM Sandakan, operasi bermula jam 1.33 pagi dan pasukan tiba di lokasi pada jam 1.50 pagi.

Buaya seberat kira-kira 16 kilogram itu ditemui dalam keadaan terlilit tali dan berjaya ditangkap menggunakan dua alat penjerut pada jam 2.16 pagi.

Pasukan penyelamat turut menutup mata buaya dengan kain selimut dan mengikat badannya sebelum membawanya ke pusat operasi APM.

Reptilia itu diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan