Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah gudang penyimpanan perabot Jalan Diong Kik, Sibu terbakar malam tadi. Foto JBPM

Gudang perabot dua tingkat terbakar

SIBU, 22 Mei: Sebuah gudang penyimpanan perabot di Jalan Diong Kik di sini terbakar dalam kejadian lewat malam tadi, membabitkan kebakaran di bahagian bawah bangunan dua tingkat itu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.25 malam sebelum 24 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah digerakkan ke lokasi, dibantu pasukan dari BBP Sibu Sentral.

“Sebaik tiba, pasukan mendapati kebakaran melibatkan gudang perabot di tingkat bawah bangunan kekal dua tingkat.

“Kerja-kerja pemadaman dijalankan di bahagian hadapan menggunakan dua aliran sepanjang 300 kaki dengan empat nozel, manakala di bahagian belakang pula menggunakan satu aliran sepanjang 200 kaki dengan dua nozel.

“Kedua-duanya menggunakan sumber air dari pili bomba berhampiran,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut jurucakap itu, pasukan bomba turut melakukan pemantauan menyeluruh di seluruh bangunan bagi memastikan tiada kemerebakan ke aras satu.

“Anggaran keluasan bangunan terbabit adalah 3,102.36 meter persegi, manakala kawasan luar bangunan yang terjejas dianggarkan seluas 464.12 meter persegi.

“Pemeriksaan di kedua-dua aras mengesahkan tiada berlaku kemerebakan,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan