Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lima penyokong bola sepak di Sepanyol masing-masing dijatuhi hukuman penjara tertangguh selama setahun kerana melakukan penghinaan berunsur perkauman terhadap bintang Brazil Real Madrid, Vinicius Junior, lapor agensi berita Jerman dpa. Foto Envato

Penyokong bola sepak Sepanyol dijatuhkan hukuman penjara tertangguh hina Vinicius

ByBernama

MADRID, 22 Mei: Lima penyokong bola sepak di Sepanyol masing-masing dijatuhi hukuman penjara tertangguh selama setahun kerana melakukan penghinaan berunsur perkauman terhadap bintang Brazil Real Madrid, Vinicius Junior, lapor agensi berita Jerman dpa.

Kesemua defendan mencapai persetujuan dengan pejabat pendakwa raya sebelum perbicaraan bermula di mahkamah wilayah Valladolid, menurut La Liga dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurut liga itu, keputusan tersebut merupakan satu “detik bersejarah” kerana ia adalah sabitan pertama di Sepanyol yang mengklasifikasikan penghinaan perkauman di stadium sebagai jenayah kebencian.

Menurut pihak kehakiman, kesemua tertuduh mengaku telah menghina pemain sayap Madrid itu semasa perlawanan liga menentang Real Valladolid pada Disember 2022.

Mereka turut dikenakan denda sehingga €1,620 (US$1,387) dan diharamkan daripada bekerja dalam sektor pendidikan, riadah dan sukan selama empat tahun.

Bagi mengelakkan hukuman penjara, mereka tidak boleh melakukan kesalahan semula dalam tempoh tiga tahun dan dilarang memasuki mana-mana stadium sukan di negara itu ketika pertandingan rasmi sedang berlangsung.

“Kejayaan ini merupakan langkah penting dalam memerangi isu perkauman dalam sukan,” tegas La Liga dalam kenyataannya.

Sepanyol telah lama berdepan masalah perkauman di stadium dan sebelum ini pernah dikritik kerana dianggap tidak mengambil tindakan tegas terhadap pelaku kesalahan tersebut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan