Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, DCP Saifullizan Ishak bersama isteri serta rombongan telah mengadakan lawatan kebajikan ke atas Pegawai Kanan Polis, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau hari ini. Foto IPD Bau

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak adakan lawatan kebajikan

BAU, 21 Mei: Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, DCP Saifullizan Ishak bersama isteri serta rombongan telah mengadakan lawatan kebajikan ke atas Pegawai Kanan Polis, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau hari ini.

Dalam lawatan kebajikan tersebut beliau melawat ASP Jackson Peter Kisang, Ketua Cawangan Khas Daerah IPD Bau yang menghidap sakit stroke di kediaman Taman Golden, Jalan Sungai Tengah Jalan Matang Singai.

Lawatan kebajikan ini untuk menyantuni dan bersuai kenal dengan Pegawai Kanan Polis IPD Bau bagi menunjukkan keprihatinan pucuk pimpinan PDRM terhadap Pegawai Kanan Polis yang sakit di rumah.

Beliau turut menyampaikan sumbangan dan buah tangan kepada Pegawai Kanan Polis yang dilawati bagi meringankan beban.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan