Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Malcom Mussen Lamoh berucap pada Majlis Penutupan VIBES Innovation Challenge @Unimas. Foto TVS

VIBES Innovation Challenge lahir inovator muda Sarawak

KOTA SAMARAHAN, 21 Mei: Inisiatif VIBES Innovation Challenge @UNIMAS membuktikan kejayaan kerjasama strategik antara industri, akademik dan kerajaan dalam melahirkan inovator muda Sarawak yang bersedia menghadapi cabaran ekonomi digital masa hadapan.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan, Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh, berkata program itu menyediakan platform kepada pelajar untuk meneroka penyelesaian dalam bidang kejuruteraan, teknologi maklumat dan amalan lestari, seiring fokus pembangunan Sarawak.

Katanya, ia juga selaras dengan usaha membina ekosistem ekonomi digital yang mampan, selaras Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.

“Kerajaan menetapkan sasaran 60 peratus enrolmen pelajar dalam aliran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) menjelang 2030, selain memperkenalkan Skim Pendidikan Percuma mulai 2026.

“Skim ini akan menampung sepenuhnya yuran pengajian pelajar Sarawak di institusi milik kerajaan negeri serta menyediakan elaun sara hidup RM15,000 setahun kepada keluarga berpendapatan rendah,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutupan VIBES Innovation Challenge @UNIMAS, di sini, hari ini.

Sebanyak 151 pelajar mewakili 35 pasukan menyertai pertandingan itu, yang dianjurkan bersama oleh Velesto Energy, Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Malcolm berkata, penglibatan aktif belia Sarawak dalam inisiatif seumpama itu menunjukkan potensi besar generasi muda sebagai ejen perubahan yang mampu menyumbang kepada kemajuan dan kelestarian negeri.

“Kreativiti, dedikasi dan ketabahan anda adalah asas kepada masa depan Sarawak.

“Di dewan ini, saya melihat bakal pemimpin dan inovator yang akan membentuk masa depan negeri ini dengan visi, ketekunan dan komitmen tinggi untuk memacu perubahan positif dalam masyarakat dan industri kita,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa program itu menyokong agenda pembangunan global menerusi penekanan terhadap Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Katanya, kerjasama antara pelajar, institusi akademik dan industri juga diyakini dapat menjadi asas penting dalam membentuk perkongsian masa depan serta memupuk bakat tempatan secara lebih berkesan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan