Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Masyarakat digesa untuk tidak cuai, lupus alat pelindung diri dengan betul – Abang Johari

KUCHING, 13 Sept : Masyarakat di Sarawak digesa untuk peka terhadap kesejahteraan alam sekitar dan elak bertindak cuai dalam melupuskan peralatan perlindungan diri (PPE) yang sudah dipakai.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, kecuaian segelintir pihak dalam mengendalikan perkara sekecil ini mampu mendatangkan kesan buruk yang besar terhadap persekitaran selain meningkatkan risiko jangkitan wabak COVID-19.

“Pembuangan peralatan-peralatan ini di tempat-tempat yang tidak sepatutnya melahirkan potensi untuk ia terbang dibawa angin atau dilimpahi air hujan sekaligus mendorong pencemaran sungai dengan virus merbahaya yang secara langsung dapat menjangkiti kita semula,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian Anugerah Alam Sekitar Ketua Menteri (CMEA) Ke-9 di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, menurut laporan Bank Pembangunan Asia (ADB) pada 2020, katanya, penghasilan sisa perubatan di bandar raya seperti Manila, Kuala Lumpur, Hanoi dan Bangkok meningkat antara 154 hingga 280 juta tan sehari berbanding sebelum pandemik.

“Laporan (ADB) itu menganggarkan bahawa dengan pemakaian pelitup muka pada tahap 80 peratus dan 27 peratus populasi bandar, Malaysia mampu menghasilkan sebanyak 7.05 juta pelitup muka terpakai setiap hari bagi 32.4 juta populasi negara ini, manakala Sarawak berkeupayaan menghasilkan 628,000 pelitup muka terpakai bagi 2.91 juta populasi negeri ini.

“Keadaan ini amat membahayakan persekitaran jika PPE tidak dibuang dengan betul,” jelasnya.

Tambahnya, penggunaan pelitup muka, sarung tangan, pembersih tangan dan pembasmi kuman yang semakin meningkat secara langsung memaksa masyarakat sedar akan ancaman besar peralatan-peralatan ini terhadap kesihatan awam dan alam sekitar.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan; Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah; Menteri Muda Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Datu Len Talif Salleh serta dif-dif kehormat lain.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan