Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas

DUN Sarawak lulus RUU Dana Amanah Pembangunan Infrastruktur (Pembubaran) 2025

ByShafik Ahmad

KUCHING, 21 Mei: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Dana Amanah Pembangunan Infrastruktur (Pembubaran) 2025, sekali gus membatalkan Ordinan yang mewujudkan dana itu pada 1985.

Dengan kelulusan ini, baki dana berjumlah lebih RM52 juta yang kini ditempatkan di Bank Pembangunan Sarawak (DBOS) akan dipindahkan sepenuhnya ke dalam Dana Disatukan Negeri (Consilidated Fund).

Ketika membentangkan RUU tersebut, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata memberi jaminan bahawa pembubaran dana itu tidak akan menjejaskan rancangan pembangunan infrastruktur negeri.

“Saya memberi jaminan bahawa pembangunan infrastruktur Sarawak tidak akan terjejas.

“Dana ini telah mencapai matlamat asalnya, namun ia kini tidak lagi relevan dengan strategi pembangunan semasa dan akan datang,” katanya semasa ucapan penggulungan selepas lapan ahli dewan mengambil bahagian dalam perbahasan.

Menteri Kewangan dan Ekonomi Baharu Kedua itu menegaskan, pelaksanaan projek infrastruktur berskala besar seperti jalan raya, projek berasaskan rakyat, serta projek di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) yang bernilai lebih RM30 bilion akan tetap diteruskan seperti dirancang.

Dana Amanah Pembangunan Infrastruktur itu diwujudkan bagi membantu pemaju membiayai infrastruktur asas seperti jalan akses, bekalan air dan elektrik bagi projek perumahan, komersial dan perindustrian pada era 1980-an.

Namun, menurut Uggah, landskap ekonomi kini telah berubah dengan pemaju mampu mendapatkan pembiayaan sendiri dan kemampuan fiskal negeri yang jauh lebih kukuh.

Susulan itu beliau memaklumkan bahawa Kabinet Negeri telah bersetuju untuk membubarkan dana tersebut.

RUU ini mengandungi tujuh fasal yang merangkumi pembubaran dana, pemindahan baki dana ke Dana Disatukan Negeri, pemansuhan Ordinan 1985 serta peruntukan bagi menyelesaikan perbelanjaan pentadbiran dan penyesuaian pelaksanaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan