Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Farrell bercakap kepada wartawan Malaysia di pejabatnya di Adelaide, Australia di sini hari ini. Foto, Firdaus Ismail (TVS).

Tarif Amerika: Australia senada pendekatan rundingan bersama dicadang Malaysia

ByFirdaus Ismail

ADELAIDE, 20 Mei: Australia bersetuju dengan pendekatan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 yang mahu negara – negara anggota dan rakan dagang supaya bersepakat untuk berunding isu tarif timbal balik yang diumumkan Presiden Donald Trump.

Menteri Perdagangan dan Pelancongan merangkap Menteri Tugas Khas Negeri, Don Farrell berkata, perkara berkenaan telah dilakukan menerusi kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini.

Jelas Farrell, Australia dan ASEAN perlu bekerjasama berdepan isu tarif berkenaan.

“Ia tentang bagaimana kita (Australia dan ASEAN) mengeluarkan maklum balas yang senada mewakili wilayah ini.

“Saya berpandangan sekiranya tidak berunding dengan (ini seolah -olah) kita tidak mahu meneruskan eksport ke Amerika Syarikat (AS),” katanya.

Beliau berkata demikian pada pertemuan dengan wartawan Malaysia sempena lawatan media Malaysia ke Adelaide dan Melbourne anjuran Jabatan Hubungan Luar dan Perdagangan Australia.

Farrell mengulas kenyataan media Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) pada Selasa selepas Perundingan Menteri Ekonomi ASEAN dengan China, Australia, New Zealand dan Jepun yang dilakukan secara dalam talian pada berasingan.

Kenyataan itu antara lain mengesahkan komitmen kesemua negara terhadap sistem perdagangan pelbagai hala berasaskan peraturan Pertubuhan Pedagangan Dunia (WTO).

Sesi itu dipengerusikan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz manakala Farrell mewakili Australia.

New Zealand diwakili oleh Menteri Perdagangan dan Pelaburan, Todd McClay.

Trump pada 1 April lepas mengumumkan Malaysia akan dikenakan tarif timbal balas 24 peratus untuk eksportnya ke negara itu manakala Australia dan New Zealand masing – masing dikenakan pada kadar lebih rendah iaitu 10 peratus.

Tarif itu bagaimanapun ditangguhkan sementara. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan