Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai pada sidang media Festival Maal Hijrah 1447H/2025M di Baitulmakmur II, Kuching, hari ini. Foto Teo Chi Wei (TVS)

LAKMNS anjur Festival Maal Hijrah selama 10 hari

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 20 Mei: Festival Maal Hijrah 1447H/2025M anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) bakal berlangsung selama 10 hari bermula 20 hingga 29 Jun tahun ini yang bertempat di Masjid Jamek Negeri Sarawak, di sini.

Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS, Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai berkata, festival kali keempat sejak 2022 itu dipanjangkan daripada tiga hari kepada 10 hari berikutan sambutan yang sangat memberangsangkan daripada masyarakat menerusi penganjuran sebelum ini.

Menurutnya, penganjuran festival tersebut bertujuan menyemarakkan sambutan Tahun Baharu Hijrah serta menjadi platform untuk masyarakat mendekati masjid dan mengimarahkan institusi tersebut sebagai pusat komuniti yang inklusif.

“Penganjuran festival ini juga merupakan salah satu pendekatan dinamik LAKMNS dalam menyantuni masyarakat. Festival ini menjadi platform kepada masyarakat untuk mendekati masjid.

“Semua ini dilakukan dengan mengambil kira kesesuaian dan kepatuhan kepada landasan syariah,” katanya pada sidang media Festival Maal Hijrah 1447H/2025M di Baitulmakmur II, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Wahap turut menjangkakan kehadiran kira-kira 3,000 pengunjung setiap hari sepanjang festival yang bermula pada jam 9 pagi tersebut.

Jelasnya, majlis penangguhan festival akan berlangsung pada 29 Jun kelak dan akan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Antara aktiviti yang disediakan ialah Forum Bicara Wanita Ilmiah (BIWANI), Malam Cinta Rasul, pertandingan sukan tradisional dan moden seperti badminton, boling, pickleball, silat, berzanji atau marhaban serta street soccer.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) juga menganjurkan Jualan Rahmah pada 28 dan 29 Jun dengan menyediakan e-wallet bernilai RM20 untuk 2,000 pengunjung pertama serta penyampaian Bakul Rahmah kepada 30 penerima terpilih.

Selain itu, antara kemuncak majlis ialah cabutan bertuah dengan hadiah menarik seperti dua pakej umrah, sebuah motosikal, kerusi urut dan televisyen 60 inci.

“Sebagai sebuah badan Amanah Islam, menjadi tanggungjawab LAKMNS untuk memastikan kesejahteraan umat Islam terjaga dari pelbagai aspek, bukan sahaja dari segi pelaksanaan ibadah.

“Ia juga melangkaui aspek pendidikan, sosial, ekonomi, kesihatan dan aspek-aspek lain yang menjurus kepada kesejahteraan ummah,” ujar beliau.

Festival berkenaan turut mendapat sokongan daripada Majlis Islam Sarawak (MIS), Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), serta beberapa penaja utama dan rakan media rasmi seperti Suara Sarawak dan Internet Radio Islamic Sarawak (IRIS). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan