Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom pada sidang media sempena pengumuman rasmi SAF 2025 di Dewan Undangan Negeri Sarawak, Kuching, hari ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Sarawak Agrofest 2025: RM6 juta potensi jualan, lebih 200 pempamer

ByAdlina Rahman

KUCHING, 20 Mei: Teknologi pertanian pintar seperti Internet of Things (IoT) dan pertanian moden berasaskan data bakal menjadi tumpuan utama dalam penganjuran Sarawak Agrofest (SAF) 2025, festival pertanian terbesar di Sarawak.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, berkata pendedahan kepada teknologi ini adalah sebahagian daripada usaha strategik untuk menarik minat golongan muda yang celik teknologi agar terlibat secara aktif dalam sektor pertanian sebagai satu kerjaya profesional dan berasaskan industri.

“Pendekatan ini bukan sahaja dapat meningkatkan produktiviti dan kualiti pengeluaran, malah mampu mengubah persepsi bahawa pertanian adalah kerja ‘3D’ iaitu dirty, difficult, dreadful, kepada satu bidang keusahawanan yang moden, menjanjikan pulangan yang lumayan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena pengumuman rasmi SAF 2025 di Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Martin Ben, Penasihat di Pejabat Premier Sarawak (Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah), Tan Sri William Mawan Ikom serta Setiausaha Tetap kementerian, Datu Sirai Daha.

Dengan tema “Industrialising Agro Sector Through Smart Technology”, SAF 2025 akan mengetengahkan peranan inovasi dan teknologi pintar dalam memacu produktiviti, kelestarian serta pertumbuhan sektor pertanian Sarawak.

Festival yang akan berlangsung selama 10 hari dari 22 Ogos hingga 31 Ogos di Lapangan Terbang Lama Bintulu itu turut dijangka dirasmikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada 23 Ogos.

Lebih 200 pempamer daripada pelbagai latar belakang termasuk agensi kerajaan, syarikat agrobisnes, koperasi, institusi kewangan dan syarikat teknologi dijangka menyertai festival berprestij ini.

“SAF 2025 dijangka menarik lebih 600,000 pengunjung, dengan potensi nilai jualan mencecah RM6 juta, iaitu peningkatan kira-kira 20 peratus berbanding edisi terdahulu,” katanya.

Tambah beliau, beberapa penganjuran Agrofest peringkat bahagian dan daerah turut dirancang sebagai acara pra-pelancaran kepada SAF 2025, yakni dua daripadanya telah berjaya dilaksanakan di Limbang dan Pakan.

Mini Agrofest pula akan berlangsung di Serian (23 hingga 25 Mei), Spaoh (25 hingga 27 Julai), Selangau (1 hingga 3 Ogos), dan Subis (8 hingga 12 Ogos) sebelum acara utama SAF 2025 bermula.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan