SEMPORNA, 20 Mei: Seorang pelancong lelaki warga China berusia 37 tahun ditemui lemas ketika menyelam di perairan Pulau Sipadan, semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mohd Sabri Zainol, mangsa dipercayai memasuki air tanpa kebenaran jurulatih sebelum dilihat panik dan tenggelam, mangsa ditemui tidak sedarkan diri pada kedalaman 25.3 meter oleh pemandu selam dan disahkan meninggal dunia selepas dihantar ke Hospital Tawau.
Katanya, mangsa merupakan salah seorang daripada lapan penyelam yang tiba di lokasi sekitar jam 10.30 pagi, diketuai seorang jurulatih dan empat pemandu selam.
“Pemandu bot melihat mangsa dalam keadaan panik dan terus memaklumkan kepada jurulatih,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Insiden ini adalah yang kedua melibatkan pelancong China dalam tempoh tiga bulan selepas seorang lagi mangsa berusia 34 tahun lemas ketika menyelam di perairan Pulau Mabul pada 10 Mac lalu.-TVS