Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan. Foto: Envato

Kanak-kanak perempuan 10 tahun hilang dihanyutkan air longkang

ByBernama

KUALA LUMPUR, 20 Mei: Seorang kanak-kanak perempuan warga Rohingya berusia 10 tahun dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras air longkang di hadapan Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Kampung Cheras Baru semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 6.07 petang menerusi Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

“Sebaik menerima laporan, anggota polis dan bomba telah digerakkan ke lokasi kejadian dan dimaklumkan terdapat dua kanak-kanak perempuan terjatuh ke dalam longkang berkenaan.

“Seorang daripada kanak-kanak itu yang berusia 11 tahun warga Rohingya berjaya diselamatkan oleh orang awam,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, usaha mencari dan menyelamat mangsa kedua yang hilang dijalankan oleh pasukan penyelamat dengan kerjasama IPD Ampang Jaya dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang.

“Operasi mencari dan menyelamat dihentikan pada 10.30 malam memandangkan cuaca gelap serta hujan dan akan disambung semula pada hari ini bermula 8 pagi,” katanya.

Mohd Azam meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian untuk menghubungi pihak polis bagi membantu siasatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan