Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Turkiye pada Isnin mengutuk keras operasi darat Israel yang semakin meningkat di Gaza, menyeru supaya serangan itu dihentikan segera dan bantuan kemanusiaan disalurkan dengan pantas ke wilayah terkepung itu. Foto fail AFP

Turkiye desak hentikan segera serangan darat Israel di Gaza

ByBernama

ANKARA, 19 Mei: Turkiye pada Isnin mengutuk keras operasi darat Israel yang semakin meningkat di Gaza, menyeru supaya serangan itu dihentikan segera dan bantuan kemanusiaan disalurkan dengan pantas ke wilayah terkepung itu, lapor Xinhua.

“Pada saat rundingan sedang berlangsung, operasi darat besar-besaran Israel di Gaza merosakkan semua usaha untuk mencapai keamanan dan kestabilan. Perkembangan ini sekali lagi menunjukkan bahawa Israel tidak berhasrat untuk mencapai keamanan berkekalan,” kata Kementerian Luar Turkiye dalam satu kenyataan.

Kementerian itu mengulangi gesaannya untuk menghentikan segera semua operasi ketenteraan, menyeru supaya bantuan kemanusiaan disalurkan ke Gaza dan gencatan senjata segera dilaksanakan.

Ankara turut menyeru masyarakat antarabangsa supaya mengambil tindakan tegas untuk mencegah peningkatan ketegangan.

“Adalah amat penting bagi masyarakat antarabangsa mengambil langkah berkesan dan tegas terhadap Israel bagi memastikan keamanan dan keselamatan serantau. Kami menggesa masyarakat antarabangsa bertindak selaras dengan kewajipan undang-undang dan kemanusiaannya,” menurut kenyataan itu.

Israel pada Ahad melancarkan pencerobohan darat besar-besaran ke beberapa kawasan di Semenanjung Gaza, menandakan fasa baharu dalam konflik dengan Hamas.

Objektif operasi “Gideon’s Chariots” termasuk menguasai kawasan penting di Gaza, menggesa sebahagian besar daripada kira-kira dua juta penduduk Gaza berpindah lebih jauh ke selatan, serta menyambung semula pengagihan bantuan kemanusiaan di bawah kawalan ketat Israel, kata pegawai Israel.

Turkiye, yang terkenal sebagai penyokong teguh perjuangan Palestin, secara konsisten menyuarakan bantahan keras terhadap tindakan ketenteraan Israel di Gaza sejak tercetusnya konflik Israel-Hamas pada 7 Okt 2023. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan