Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Nancy Shukri ditemui media selepas menyempurnakan Majlis Peluncuran Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: Kasih Kanak-Kanak Peringkat Sarawak Tahun 2025 di Lundu, hari ini. Foto Awang Azmil (TVS)

Pindaan Akta Kanak-Kanak 2001, perlindungan lebih tegas dijangka diluluskan

ByAhmad Burhanuddin

LUNDU, 19 Mei: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kini masih dalam proses meminda Akta Kanak-Kanak 2001 sebagai usaha untuk memperkukuh perlindungan terhadap kanak-kanak di Malaysia.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pindaan ini bertujuan untuk memperketatkan undang-undang agar keselamatan dan hak kanak-kanak lebih terjamin di seluruh negara.

“Dalam pindaan tersebut, kami berusaha memperketatkan peruntukan agar masyarakat dan kanak-kanak dapat merasa lebih selamat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyempurnakan Majlis Peluncuran Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: Kasih Kanak-Kanak Peringkat Sarawak Tahun 2025, di sini, hari ini.

Menurut Nancy, pindaan yang sedang dalam peringkat perbincangan ini merupakan satu langkah komprehensif bagi menangani isu penderaan terhadap kanak-kanak yang selama ini kurang diberi perhatian.

Jelasnya, kerajaan sentiasa berusaha memastikan ia berjalan dengan lancar dan akan diumumkan secara rasmi apabila hampir mencapai tahap kelulusan di Parlimen.

“Oleh kerana pindaan ini masih dalam proses, saya belum boleh mengulas lanjut bagi mengelakkan timbulnya sebarang isu, terutama berkaitan sama ada ia akan diluluskan atau tidak.

“Kita masih belum mengetahui keputusan tersebut. Seeloknya, pindaan itu akan dimaklumkan pada masa yang sesuai nanti, insya-Allah apabila ia sudah hampir diluluskan di Parlimen,” ujarnya.

Sehubungan itu, kata Nancy, pindaan undang-undang itu juga diharapkan dapat memperbaiki sistem pelaporan dan tindakan susulan terhadap kes penderaan kanak-kanak supaya proses menangani kes menjadi lebih cekap dan berkesan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan