CALIFORNIA, 13 September: Kebakaran di sebuah hutan California, Amerika Syarikat (AS) dan Malaga, Sepanyol tiga hari lepas kini berjaya dikawal.
Kebakaran yang berlaku pada Ahad telah memusnahkan 182 hektar sekali gus menyebabkan beberapa lebuh raya ditutup malah dua anggota bomba dilaporkan mengalami kecederaan sebelum berjaya dikawal dengan bantuan pelepasan air daripada helikopter.
Memetik sumber dari agensi berkata, perubahan cuaca akibat perbuatan manusia antara faktor utama yang membuatkan wilayah barat AS itu terdedah kepada ancaman kebakaran yang teruk berikutan peningkatan suhu global akibat pembakaran bahan api fosil.
Seramai 1,500 penduduk tempatan di bandar Jubrique dan empat perkambungan lain terpaksa dipindahkan berikutan api kian merebak.