Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini bertafakur selama seminit bagi mengenang pemergian mantan Perdana Menteri kelima Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi dan mantan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan bekas Ahli Parlimen Serian, Mendiang Datuk Amar Dominic Andrew Dago Randan. Foto UKAS

DUN Sarawak bertafakur seminit, kenang pemergian Tun Abdullah dan Dominic Dago

ByMuqri Aziz

KUCHING, 19 Mei: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini bertafakur selama seminit bagi mengenang pemergian mantan Perdana Menteri kelima Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi dan mantan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan bekas Ahli Parlimen Serian, Mendiang Datuk Amar Dominic Andrew Dago Randan.

Kesemua 82 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak berdiri dan bertafakur untuk memperingati jasa serta bakti mereka dalam pembangunan negara dan seterusnya wilayah ini.

Allahyarham Tun Abdullah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di ibu negara pada 14 April lepas di usia 85 tahun dan Allahyarham diangkat sebagai Bapa Pembangunan Modal Insan semasa memegang jawatan sebagai Perdana Menteri selama lima tahun bermula 31 Oktober 2003 hingga 3 April 2009.

Allahyarham dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara pada 15 April lepas.

Manakala mendiang Dominic Dago pula meninggal dunia 15 Mei lepas pada usia 90 tahun.

Mendiang menjadi Ahli Parlimen Serian pada 10 November 1965 dan kemudiannya dilantik Pengerusi SPA dari tahun 15 Mac 1971 hingga Disember 1973.

Mendiang disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Pichin, Serian pada 19 Mei lalu.

Sidang DUN Sarawak turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg atas pelantikannya sebagai Yang di-Pertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) bagi penggal 2025-2028 menggantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 10 Mei lepas.

Sementara itu, DUN Sarawak turut mengucapkan
tahniah kepada ADUN Satok, Datuk Ibrahim Baki atas pelantikannya sebagai Timbalan menteri Utiliti (Sarawak Energy Berhad dan PETROS) pada 17 Mac lepas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan