Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar memeriksa Kawalan Kehormatan Utama sempena Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Saarawak ke-19. Foto Nadhim Bokhari (TVS)

Kejayaan SUKMA cerminan kesiapsiagaan Sarawak anjur Sukan SEA

ByMahathir Haroun

KUCHING, 19 Mei: Sarawak kini bersedia untuk menganjurkan acara sukan lebih besar, Sukan Asia Tenggara (SEA) selepas kejayaan penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21.

Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, semua lapisan masyarakat termasuk kerajaan, sektor swasta dan rakyat Sarawak perlu membuat persiapan awal.

“Dengan semangat kejayaan yang kita raih dalam penganjuran SUKMA, saya yakin Sarawak kini bersedia.

“Kita perlu mengorak langkah yang mantap dalam menjayakan acara ini dengan penuh cemerlang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19 hari ini.

Menurutnya, kejayaan penganjuran SUKMA bukan sahaja membuktikan bakat anak Sarawak tetapi kemampuan menganjurkan acara sukan bertaraf kebangsaan dengan cemerlang.

“Pada Ogos tahun lepas, kita telah menyaksikan kejayaan Sarawak dalam menganjurkan SUKMA ke-21 dan kejayaan muncul juara keseluruhan.

“Tahniah dan syabas kepada Kerajaan Sarawak, atlet, jurulatih dan semua pihak yang berjaya merealisasikan pencapaian ini,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan