Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ditemui media selepas Festival Muzik Kuching 2025 di Panggung Udara pada Ahad. Foto TVS

AGM FAS: Pemimpin baharu perlu komited, berwibawa

KUCHING, 19 Mei: Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) bagi penggal 2025 hingga 2027 yang dijadualkan berlangsung 14 Jun depan diharap berjalan lancar dan mengikut proses demokrasi telus.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, semua pihak terlibat perlu menyerahkan mandat sepenuhnya kepada proses pengundian yang betul dan adil.

“Sesiapa sahaja yang dipilih untuk menerajui FAS selepas ini haruslah menjalankan tugas dengan penuh komitmen dan tanggungjawab,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Festival Muzik Kuching 2025 yang berlangsung di Panggung Udara pada Ahad.

Menurutnya, keputusan Presiden FAS, Abang Zulkarnain Abang Abdul Rahman untuk tidak mempertahankan jawatan pada mesyuarat kali ini membuka ruang kepada pemimpin baharu namun kriteria utama adalah keupayaan dan semangat individu tersebut.

“Saya tidak mahu membuat spekulasi sama ada perlu muka baharu atau lama. Kadang-kadang muka baharu pun tidak semestinya pandai bekerja, begitu juga muka lama.

“Apa yang penting, kita mahu mereka yang benar-benar bersemangat dan komited terhadap persatuan yang ingin mereka pimpin,” ujarnya.

Untuk rekod, Abang Zulkarnain mula menerajui FAS selepas menang tanpa bertanding dalam AGM penggal 2023–2025 di Sarikei.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan