Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Norsalawaty pada Program Jualan Khas Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-40 Pasar Tani FAMA Limbang. Foto TVS

Pasar Tani Limbang: Tempat bertemu, berbeli sejak 40 tahun lepas

LIMBANG, 18 Mei: Pasar Tani Limbang yang terawal ditubuhkan di Malaysia sejak 40 tahun lalu terus relevan dan berperanan penting dalam memasarkan produk usahawan atau petani terus dari ladang.

Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Sarawak, Norsalawaty Abdul Kadir berkata, melalui pasar tani mereka dapat menjual produk yang segar sekali gus mengelak berlaku lambakan dan sebagainya.

Menurutnya, Pasar Tani Limbang juga membantu pengguna mendapatkan barangan keperluan pada harga berpatutan.

“Tahun 2025 merupakan ulang tahun ke-40 pasar tani di seluruh Malaysia dan Pasar Tani Limbang merupakan pasar tani yang berusia 40 tahun dan beroperasi di tiga lokasi dan lokasi pertama di dewan serba guna sebelum di tapak sekarang (berhampiran Medan Selera),” katanya ketika ditemui media pada Program Jualan Khas Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-40 Pasar Tani FAMA Limbang hari ini.

Pada masa ini Pasar Tani Limbang disertai lebih 50 usahawan dan ketika ini terdapat 11 lokasi pasar tani di Sarawak.

Menurutnya, FAMA Limbang mengadakan program jualan khas iaitu jualan Agro MADANI bersempena sambutan ulang tahun 40 tahun pasar tani termasuk di daerah itu.

“Agro MADANI membantu rakyat memperoleh barang kawalan dan produk keperluan asas terpilih pada kadar 10 hingga 30 peratus lebih rendah daripada harga pasaran.

“Pek kombo Madani dijual dengan harga RM10 berbanding nilai harga asal sebanyak RM15 membabitkan barangan seperti gula, tepung, minyak peket dan pelbagai produk lain.

“Program jualan Agro MADANI ini merupakan inisiatif kerajaan dalam membantu rakyat menangani kos sara hidup yang tinggi, melalui jualan ini kita membantu mengurangkan bebanan rakyat untuk mendapatkan harga dengan munasabah,” ujarnya.

Norsalawaty berkata, melalui jualan Agro MADANI, FAMA membantu mempromosikan produk industri asas tani dan agro makanan.

“Kita juga membawa usahawan dari Limbang yang menaik taraf imej dan pembungkusan melalui bantuan di bawah FAMA dengan memberi geran kepada usahawan tersebut bernilai RM5,000.

“Pada hari ini usahawan tersebut juga akan menawarkan satu jualan khas beli dua percuma satu untuk produk industri asas tani,” jelasnya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan