Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi dilantik sebagai Bendahari PBB

Dr Abdul Rahman kini Bendahari PBB

ByMahathir Haroun

KUCHING, 18 Mei: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi terus diberi kepercayaan untuk berada dalam saf kepimpinan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) selepas dilantik sebagai bendahari.

Menurutnya, lantikan itu merupakan amanah yang perlu digalas untuk bersama kepimpinan parti memperkasa PBB.

“Terima kasih saya ucapkan kepada YAB Premier merangkap Presiden PBB yang memberi kepercayaan kepada saya menjadi bendahari.

“Insya-Allah saya akan berusaha untuk memikul tanggungjawab ini sedaya upaya sebagai amanah untuk memperkasa parti PBB kita,” katanya ketika mengulas mengenai perlantikan beliau sebagai Bendahari PBB.

Malam tadi, Premier Sarawak yang juga Presiden PBB Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan lantikan Dr Abdul Rahman sebagai Bendahari PBB.

Jawatan tersebut sebelum ini disandang oleh Yaman Hamid.

Selain Dr. Abdul Rahman, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar kekal sebagai Pengerusi Tetap PBB.

Timbalan Setiausaha Agung PBB pula disandang oleh Dato Fazzrudin Abdul Rahman manakala Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah sebagai ketua penerangan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan