Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Cansino mula dibekalkan, teruskan vaksinasi komuniti Orang Asli

ByNur Suhaida Muliyono

VAKSIN dos tunggal iaitu Cansino telah mula dibekalkan bermula bulan ini, bertujuan meneruskan program vaksinasi bagi komuniti Orang Asli di seluruh negara.

Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, kawasan pedalaman yang mempunyai kekangan dari segi logistik menjadi sasaran untuk pemberian vaksin kepada masyarakat berkenaan.

“Setakat 12 September, sejumlah 4,215 orang dari kalangan masyarakat Orang Asli telah menerima vaksin mereka dan program ini dijangka akan diteruskan sehingga Oktober kelak bagi menyelesaikan jumlah populasi yang belum mendapat akses kepada bekalan vaksin.

“Misi tersebut merupakan inisiatif bersama antara Kerajaan Negeri dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya lagi, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Lipis akan memulakan siri jelajah bagi menyampaikan vaksin ke Pos Lejang, Pos Titom dan Pos Sinderut bermula hari ini dengan menggunakan helikopter.

Misi empat hari yang berkonsepkan Keluarga Malaysia ini dijangkakan bakal memanfaatkan lebih 1,000 orang dari masyarakat tersebut di kawasan-kawasan yang disasarkan.

Tags: #bm, #vaksin

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan