Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

30 minit tangkap ular cincin emas

ByNur Suhaida Muliyono

BINTULU, 12 Sept: Seekor ular berbisa sepanjang 1.5 meter dikenali sebagai ular cincin emas yang memasuki sebuah rumah di Kampung Sebuan Besar, Jepak berjaya ditangkap pasukan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Bintulu pagi tadi.

Bimbangkan keselamatan diri dan ahli keluarganya, pemilik rumah berkenaan yang ternampak kelibat reptilia spesis Boiga Dendrophila itu di siling rumahnya, bertindak menghubungi pasukan APM Bintulu untuk meminta bantuan.

Pegawai APM Bintulu, Ra’idah Jomi berkata seramai lima anggota APM Bintulu bergerak ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada jam 8.15 pagi.

“Anggota kami mengambil masa setengah jam untuk menangkap ular tersebut menggunakan penyepit khas,” katanya ketika dihubungi.

Ujarnya, reptilia berbisa itu akan diserahkan kepada Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) untuk tindakan lanjut.

Tags: #bm, #ular

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan