Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Kerja Raya Malaysia, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi ketika Majlis Penyerahan Projek Daif (2021) Pembinaan Gantian dan Tambahan Bangunan SMK Saribas pada Sabtu. Foto TVS

Kontraktor SMK Saribas perlu komited sepanjang DLP

DEBAK, 17 Mei: Kontraktor projek pembinaan gantian dan tambahan bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saribas perlu komited dalam menjalankan tanggungjawab sepanjang Tempoh Liabiliti Kecacatan (DLP) selama dua tahun.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ia termaktub dalam kontrak perjanjian projek dalam usaha memenuhi keperluan pendidikan yang bersifat mampan dan berdaya tahan.

“JKR Malaysia menetapkan kriteria penting bagi memastikan bangunan yang dibina bukan sahaja memenuhi keperluan pendidikan tetapi juga bersifat mampan dan berdaya tahan selain memiliki reka bentuk sesuai untuk semua golongan.

“Untuk itu, pihak kontraktor perlu terus komited menunaikan skop tanggungjawab dalam tempoh tanggungan kecacatan (DLP) selama dua tahun seperti yang termaktub dalam kontrak perjanjian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Projek Daif (2021) Pembinaan Gantian dan Tambahan Bangunan SMK Saribas Debak di Debak pada Sabtu.

Menurutnya, kontraktor di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia tidak sepatutnya lepas tangan dalam perkara tersebut.

“Seperti biasa di mana-mana majlis seumpama ini, sering kali saya tegaskan dan ingatkan kepada kontraktor agar bertanggungjawab sepenuhnya serta tidak mengabaikan setiap permintaan untuk proses penyelenggaraan diperlukan dalam tempoh tersebut.

“Bukan hari ini selepas siap projek lepas tangan, dalam masa dua tahun ini kita berharap tidak ada keperluan besar untuk penyelenggaraan kecacatan projek ini kelak.

“Ini penting kerana bagi kita di JKR Malaysia yang ingin mencapai misi tiada projek sakit dan tidak berdepan masalah dengan aduan berkaitan penyelenggaraan projek yang siap,” ujarnya.

Projek pembinaan gantian dan tambahan bangunan SMK Saribas di Debak yang bernilai RM10.15 juta yang dilaksanakan menerusi Pasukan Projek Khas Dua (PPK2) bermula Mac 2023 sebelum siap sepenuhnya pada Mac 2024.

Ia merangkumi kerja pembinaan dewan tertutup, dua bilik darjah baharu, sebuah bilik pendidikan seni visual dan dua unit kuartes guru kelas F.

Turut hadir Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak merangkap ADUN Saribas, Datuk Muhammad Razi Sitam dan Setiausaha Bahagian Pembangunan Kementerian Pendidikan Malaysia, Datuk Masyati Abang Ibrahim. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan