Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pengesanan Kes Tertunggak Punca Sarawak Catat 5,291 Kes Pada Ahad

ByLuqman Muhammad

KUCHING: Sarawak mencatatkan 5,291 kes pada Ahad dengan bilangan kes merupakan kumulatif “back log” ujian selama lima hari yang lepas.

Ini disebabkan peningkatan aktiviti pengesanan aktif kontak kepada kes di semua bahagian di Sarawak terutamanya di lokaliti yang mempunyai kluster aktif.

Daripada jumlah 5,291 kes baharu yang dikesan, 99.94% kes berada pada tahap kategori 1 dan kategori 2 semasa dikesan positif.

Kuching kekal menjadi penyumbang tertinggi dengan 1,845 kes, diikuti Serian 620, Sibu 436, Bintulu 435 dan Bau 212 kes .

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri ( JPBN) Sarawak memaklumkan terdapat lapan kes kematian baharu dilaporkan membabitkan tiga kes di Kuching, tiga di Bintulu sementara Sibu dan Asajaya masing-masing satu.

Satu kluster baharu membabitkan kluster komuniti dikesan melibatkan penduduk di dua buah rumah panjang yang berdekatan terletak di kawasan Nanga Lasi Mit, Julau.

Dalam pada itu JPBN Sarawak turut menasihatkan orang ramai agar tidak leka dan terus kekal waspada selain memastikan saranan dan nasihat-nasihat kesihatan tetap diamalkan.

Kebiasaan baharu ini perlu diterapkan sebagai persiapan terbaik untuk melangkah ke fasa endemik selpas ini.//

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan