Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Dua kereta berlanggar, semua mangsa selamat

ByNur Suhaida Muliyono

BINTANGOR, 12 SEPT: Tiga mangsa dilaporkan selamat selepas terlibat dalam kemalangan antara dua buah kereta di Jalan Bintangor-Sarikei pagi tadi.

Akibat perlanggaran itu, sebuah kereta terbabas ke dalam parit manakala sebuah lagi terbabas ke bahu jalan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, PPgB Nicholas Belulin ketika dihubungi TVS berkata kemalangan tersebut berpunca selepas Perodua Myvi melanggar Proton Persona yang berada di hadapannya, sebelum masing-masing hilang kawalan dan terbabas.

“Ketika kejadian, kedua-dua buah kenderaan itu bergerak menghala ke Sarikei.

“Pasukan bomba hanya melakukan pemantauan di lokasi kejadian dan membantu pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mengangkat mangsa ke dalam ambulans,” jelasnya.

Pemandu Proton Persona yang merupakan seorang wanita berusia 30 tahun hanya mengalami kecederaan ringan manakala penumpangnya seorang lelaki berusia 35 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pemandu Perodua Myvi yang merupakan seorang lelaki berusia 25 tahun turut dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan