Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Penduduk buat aduan, polis pantau jalan

ByNur Suhaida Muliyono

MARUDI, 12 SEPT: Aduan yang dibuat penduduk kampung mendapat perhatian pihak polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marudi.

Ia susulan beberapa buah kenderaan yang memandu dengan laju serta merempuh air banjir sehingga menyebabkan sesetengah kediaman dimasuki air.

Ketua Polis Daerah Marudi, DSP Ruslan Mat Kib berkata operasi pemantauan tersebut dilakukan di Jalan Nahkoda Abang Matasim, Kampung Dagang dan Kampung Narum sekitar jam 3 hingga 6 petang Sabtu.

“Bertindak atas aduan yang dibuat penduduk kampung menerusi laman Facebook, saya telah mengarahkan anggota saya untuk mengawal lalu lintas di lokasi terbabit.

“Pemandu kenderaan yang menggunakan jalan tersebut diarahkan untuk memperlahankan kenderaan mereka,” katanya ketika dihubungi TVS.

Jelasnya, jalan tersebut tidak dapat ditutup seperti permintaan para penduduk kampung memandangkan ia merupakan jalan utama.

Keadaan banjir di daerah itu katanya sudah beransur pulih dan kesemua keluarga yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) tempoh hari juga sudah kembali ke kediaman masing-masing.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan