Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Fahami perbezaan laporan kematian akibat COVID-19 – KKM

ByNur Suhaida Muliyono

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) menyeru orang ramai untuk memahami perbezaan antara ‘Kematian yang Dilaporkan’ (Reported Deaths) dengan ‘Kematian Sebenar’ (Actual Deaths).

Ketua Data Pusat Kesiapsiagaan Dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) KKM, Dr Mahesh Appannam berkata ’Kematian yang Dilaporkan’ merupakan kes kematian berdasarkan hari ia diumumkan kepada orang awam manakala ‘Kematian Sebenar’ merupakan kes kematian berdasarkan tarikh sebenar kematian itu berlaku.

Laporan yang dikeluarkan kepada umum lebih menekankan kes kematian disebabkan jangkitan COVID-19 berbanding kes kematian dengan COVID-19.

Kematian disebabkan jangkitan COVID-19 adalah kes kematian yang telah disahkan berpunca daripada jangkitan COVID-19 manakala kematian dengan COVID-19 ialah pesakit didapati positif COVID-19 ketika kematian atau sebelum kematian berlaku.

Ini kerana angka kematian yang tepat adalah penting bagi analisis keberkesanan vaksin, penentuan kadar kematian dan banyak lagi faktor lain.

Namun maklumat ini mengambil masa yang agak lama berikutan setiap kes kematian akibat COVID-19 perlu melalui proses bedah siasat dan audit klinikal.

Susulan bebanan kerja yang ditanggung kakitangan kesihatan KKM, siasatan klinikal yang dijalankan adalah sedikit tertangguh sekali gus lewat dilaporkan.

Ini bermakna terdapat kes kematian akibat COVID-19 yang telah berlaku beberapa minggu lalu tetapi hanya dilaporkan hari ini kerana hasil siasatan dan laporan audit baru sahaja diperolehi.

Tags: #bm, #COVID19

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan