Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden STU, Kullin Djayang (tengah) bersama golongan pendidik sempena Sambutan Hari Guru hari ini.Foto TVS

STU mahu kerajaan baik pulih kemudahan asas pendidikan segera

KUCHING, 16 Mei: Kesatuan Guru Sarawak (STU) menggesa kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri mempergiatkan usaha kerja membaik pulih kemudahan asas seperti bilik darjah, makmal, serta kuarters guru demi kesejahteraan guru dan warga sekolah.

Presiden STU, Kullin Djayang, berkata bahawa dalam era abad ke-21 ini, adalah tidak wajar jika masih wujud sekolah dan kuarters guru yang daif di negara ini.

“Kita mohon usaha pemutihan ini dilakukan dengan segera dan lebih serius.

“Demi mencapai keberkesanan pentadbiran secara optimum pihak KPM harus mengambil berat dalam pengurusan jawatan di PPD, JPN dan KPM,” katanya dalam kenyataan sempena Sambutan Hari Guru hari ini.

Beliau turut menegaskan keperluan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk lebih peka terhadap keberkesanan pentadbiran, khususnya dalam pengurusan jawatan di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan KPM sendiri.

“Segala pengalaman dan pengetahuan mereka amat diperlukan dalam jawatan yang disandang.

“Dari segi profesional guru, KPM harus peka kepada kesejahteraan guru dalam tugas hakiki,” ujarnya.

Jelasnya, kini ramai guru dibebani tugas-tugas pentadbiran yang tiada kaitan langsung dengan tugas hakiki.

“Begitu juga arahan dalam menjalankan terlalu banyak aktiviti yang dianjurkan sehingga menjadikan guru tidak fokus lagi dalam menyediakan diri untuk mengajar di bilik darjah.

“Kesannya bukan sahaja proses pengajaran dan pembelajaran kurang berkesan, ia juga mempengaruhi emosi dan kesejahteraaan guru,” katanya.

Tambahnya, STU menegaskan kepada KPM agar segera mengatasi beban tugas guru yang tidak relevan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan