Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua jurulatih beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi. Foto Bernama

Beri ruang kepada Herry tunjukkan hasil – Boon Heong

ByBernama

KUALA LUMPUR, 16 Mei: Bekas pemain beregu lelaki negara Tan Boon Heong berpandangan prestasi semasa pemain beregu lelaki kebangsaan menunjukkan perkembangan positif sejak kehadiran legenda badminton Indonesia Herry Iman Pierngadi pada Februari lepas.

Bagaimanapun beliau menyeru agar peminat terus memberikan ruang dan masa kepada ketua jurulatih beregu lelaki negara itu untuk menyesuaikan diri dengan sistem latihan sedia ada khususnya menjelang kejohanan pertamanya membimbing skuad negara di tanah air iaitu Malaysia Masters 2025 minggu depan.

“Dia (Herry) memang jurulatih yang bagus, sebab pernah melatih ramai juara dunia dan juara Olimpik. Tapi bila datang ke sini, mungkin gaya latihan dan kombinasi pemain kita berbeza dan perlu masa untuk serasi.

“Dia baru mula dan kalau pemain belum capai keputusan yang diharapkan, dia pun pasti rasa tertekan. Lepas itu orang mula persoal, ‘jurulatih ini datang, mana hasilnya?’ Benda ini ambil masa satu ke dua tahun. Kalau nak lihat hasil dalam tiga atau enam bulan memang sukar,” katanya kepada pemberita selepas menyertai kejohanan Tiga Saga Sunlight Cup 2025 di Pavilion Bukit Jalil, hari ini.

Boon Heong turut berpendapat tekanan beraksi di laman sendiri menjadi antara faktor utama yang menyukarkan untuk pemain Malaysia menyerlah dalam kejohanan berprestij di tanah air.

“Pemain perlu bijak menukar tekanan tersebut menjadi motivasi untuk melangkah lebih jauh dalam kejohanan.

“Kalau bermain di Malaysia, memang rasa lebih tertekan. Semua pemain nak beri yang terbaik tapi bila terlalu nak menang, tekanan itu boleh menjejaskan permainan. Saya sendiri pernah laluinya,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan