Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemilik syarikat lori telah dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan kes kemalangan maut membabitkan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Jalan Chikus-Sungai Lampam di sini, Selasa lepas. Foto fail Bernama

Nahas FRU: Pemilik syarikat lori dipanggil beri keterangan

ByBernama

TELUK INTAN, 16 Mei: Pemilik syarikat lori telah dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan kes kemalangan maut membabitkan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Jalan Chikus-Sungai Lampam di sini, Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Dr Bakri Zainal Abidin berkata individu itu antara 15 saksi dipanggil merekodkan keterangan setakat ini.

“Selain aspek kecuaian manusia dan persekitaran, kita (polis) juga menumpukan aspek teknikal, jadi elemen-elemen seperti penyelenggaraan kenderaan juga diambil kira dalam siasatan ini,” katanya yang ditemui selepas prosiding pendakwaan pemandu lori terbabit dalam kemalangan itu di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya mengharapkan lebih ramai saksi awam tampil membantu siasatan termasuk mengemukakan rakaman kamera papan pemuka kenderaan.

“Setakat ini tiada sesiapa tampil memberi rakaman. Jika ada, ia akan menjadi bukti matan (kukuh) dalam kes ini.

“Dengan bantuan media, beberapa saksi awam telah tampil memberi keterangan selain beberapa pihak berkepentingan akan banyak membantu dalam siasatan ini. Saya seru lebih ramai hubungi polis, maklumat anda akan dirahsiakan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan