Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Pengangkutan Jalan Sarawak (MOTS) meneruskan program Bantuan Lesen Memandu (BLM) Kelas B2 di Miri untuk tahun 2025. Foto Salasiah Safian (TVS)

Bantuan Lesen Memandu diperluas kepada pelajar di Miri

BySalasiah Safian

MIRI, 16 Mei: Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) kini memberi tumpuan kepada pelajar sekolah menengah dengan meneruskan Program Bantuan Lesen Memandu (BLM) Kelas B2 di Miri.

Menurut Menterinya, Dato Sri Lee Kim Shin, program yang memasuki tahun kedua itu bertujuan membantu pelajar yang menunggang motosikal ke sekolah mendapatkan lesen memandu yang sah dan mengutamakan keselamatan di jalan raya.

“Sasarannya ialah warga pelajar sekolah menengah yang menggunakan motosikal untuk ke sekolah. Sebelum itu, saya juga mendapati bahawa kebanyakan pelajar yang menunggang motosikal ke sekolah tidak memiliki lesen memandu yang sah. Saya sendiri juga telah mengadakan lawatan ke beberapa buah sekolah di Miri seperti SMK Merbau, SMK Pujut.

“Susulan itu saya telah berbincang dengan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Sarawak Norizan Jili mengenai bagaimana kita boleh membantu para pelajar ini supaya mereka boleh mendapatkan lesen motosikal. Saya juga telah berjumpa dengan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia di Kuala Lumpur bersama-sama dengan Norizan dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia telah meluluskan seribu kuota lesen di bawah program ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengetuai Mesyuarat Penyelarasan Program Bantuan Lesen Memandu (BLM) Motosikal Kelas B2 Anjuran Kementerian Pengangkutan Sarawak di sini, hari ini.

Program ini pada mulanya hanya diadakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Senadin dan seterusnya diperluaskan di Miri kerana sambutan yang menggalakkan.

Pada 2024, seramai 11,944 penduduk di kawasan DUN dan Parlimen Sarawak melibatkan bahagian Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei, Mukah, Bintulu dan Miri menyertai program ini.

Setakat Mei 2025, tiga program BLM telah dilaksanakan dan memberi manfaat kepada 3,708 peserta dari bahagian Kabong, Lanang, Gedong. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan